Sunday, June 27, 2010

Bali

Percutian ke Bali adalah pada December 2007. Percutian 4 hari 3 malam ke Bali ini memang sangat- sangat menyeronokkan dan mengujakan yang telah I and husband plan awal-awal lagi. orang kata, Bali ni antara tempat yang best dan romantik untuk honeymoon. kiranya trip ke Bali ni untuk honeymoon ler. hehehe. Sebab lepas kawin kami tak kemana-mana untuk honeymoon. ye la kawin time study lagi... duit pun takde lagi, nak pegi dengan apa kan... huhu...

Sepanjang kami berada di Bali, kami menyewa private car dengan supir (driver) nya skali. Ini bagi memudahkan I and my family bergerak ke tempat-tempat yang ingin dilawati. nama panggilan supir kami itu 'ketut'. Orangnya sangat ramah. Bersembang pasal Bali tak henti-henti. Macam tourist guide, mesti la promote tempat-tempat menarik dan culture di bali kan.

Dari bandara (airport Bali) kami terus menuju ke hotel Holiday Villa Resort Diwangkara yang terletak di Nusa dua, Pantai sanur. Hari pertama kami sampai di Bali hari sudah petang. So, kami mengambil keputusan untuk berehat di hotel sambil menikmati suite villa kami dan swimming di private pool villa kami. Sempat juga la kami berjalan-jalan di pantai awam Sanur. kebanyakkan peniaga-peniaga di gerai sepanjang pantai sanur ini menjual jagung panggang.

Baru menjejakkan kaki ke hotel papa dan humaira terus posing di halaman suite villa kami.


Humaira posing di depan private pool villa.


Pantai Sanur yang terletak di belakang hotel holiday Villa Diwangkara.


Dinner di holiday villa restaurant.

Hari kedua kami di Bali, kami melawat Ubud. Melawat ubud sama seperti melihat the real world of Bali. Ubud terkenal dengan pusat penghasilan dan penjualan kraftangan, lukisan dan juga perhiasan emas serta perak. Teruja bila I and family di bawa melawat banyak kedai menjual perhiasan emas dan perak di pekan Celuk, Ubud. Setiap satu kedai yang menjual emas dan perak, terdapat kilang sendiri untuk penghasilan perhiasan emas dan perak seperti rantai leher, cincin dan earing dan etc. Yang menariknya kita dapat melihat sendiri bagaimana semua perhiasan itu dihasilkan. Very interesting. Kebanyakan harga perhiasan di sini tidak mengikut harga emas pasaran. Tetapi harga di nilai mengikut design sesuatu perhiasan itu. Lagi cantik dan komplikated design, maka semakin mahal harganya. huh!!! Sempat la juga membeli cincin untuk humaira. dan beberapa barangan perak untuk souvenier. I and family uga sempat singgah di studio yang menjual lukisan-lukisan yang dihasilkan sendiri pelukis-pelukis di Ubud ini.

Salah satu perusahaan emas dan perak di Celuk, Ubud

Humaira dan papa semasa singgah lunch di restoran yang terletak di sawah padi. sempat posing dengan cincin yang baru di beli di salah satu kedai emas di Ubud.

Hari ketiga kami melawat pula Pura Desa yang juga dikenali sebagai candi kecil. pura adalah istilah yang digunakan di bali yang merujuk kepada candi yang berfungsi sebagai pusat pemujaan umat Hindu di Bali. Pura Desa juga dikenali sebagai Bale Agung, kerana pura yang normally terletak di pusat desa ini juga digunakan sebagai tempat melaksanakan musyawarah desa. kebanyakkan pura di Bali ini telah pun berusia ratusan tahun.

Pura Desa yang kami lawati. Pura Desa ini telah berusia lebih dari 200 tahun.

Selain itu kami juga singgah di Pura Goa Gajah yang terletak di Desa Beduli, Kecamatan Blahbatuh, kabupaten Gianyar. Di dalam pura goa gajah terdapat satu gua yang pintu masuknya di ukir dengan muka gajah dan mata besar dewata yang mana gua ini dijadikan tempat bertapa untuk pendeta Hindu Dharma. Di hadapan pintu masuk gua ini, terletak pula tempat pemandian atau penyucian yang sudah terbina beratus-ratus tahun dahulu. Air di kolam ini datangnya dari dalam tanah yang mengalir dari beberapa punca mata air. Ada 6 buah patung (aslinya ada 7 buah tetapi satu telah dicuri) yang memegang belanga yang mengalirkan air dari mata air tadi, melambangkan 7 batang sungai suci di India antaranya Ganga dan Yamuna.


Kami sempat bergambar di hadapan kolam tempat permandian atau penyucian yang di bina beratus-ratus tahun di Pura Goa Gajah


Dari pura goa gajah, kami juga singgah di sawah padi bukit yang bertingkat yang terletak Tegalalang. Sawah padi teres tu memang memukau pandangan. Mulanya agak gerun berdiri di tepi bukit. Tetapi melihat pada kehijauan sawah padi yang seperti di dalam lukisan, ketakutan pun hilang. I and my family nmenikmati pemandangan yang begitu mengasyikkan dan tidak melepaskan peluang bergambar merakamkan keindahan sawah padi di Tegalalang Bali. Kami juga sempat meninjau-ninjau pasar Sukawati yang terletak di Kabupaten Gianyar.


Humaira posing berlatar belakangkan sawah padi bertingkat di Tegalalang yang memukau pandangan.


Hari terakhir, sebelum bertolak balik ke KL, kami singgah di Kuta. Rasanya tak lengkap kunjungan ke Bali kalau tidak singgah di Kuta. Pantai Kuta dulunya adalah perkampungan nelayan. sejak penduduk tempatan mula menyewakan rumah peribadi untuk disewakan sebagai tempata penginapan, kini Kuta berkembang sebagai salah satu tempat pelancongan yang mesti dikunjungi semasa datang bercuti di bali. Pantai Kuta lebih cantik dan luas yang sesuai untuk aktiviti surfing. Kat pandai kuta ni la terletaknya hard rock hotel bali. Kami tidak melepaskan peluang shopping di sekitar bandar Kuta.

Percutian di Bali ni memang best. Even dalam keadan I yang mengalami morning sickness in first trimester of pregnancy, demi hubby dan Humaira, I kuat meneruskan trip ni tanpa muntah yang teruk. Di setiap ceruk Bali ni mesti ada saja colok, dan I memang tak boleh lepas dari terhidu bau colok. Semasa pregnant I memang tak boleh tahan dengan macam-macam bau especially bau colok. So, terpaksa la menutup hidung sentiasa. dan walaupun sepanjang berada di Bali, cuaca tidak berapa mengizinkan, keran hampir setiap hari hujan turun, namun percutian kami tetap berjalan lancar. Thanks hubby for the Bali experience....

Singapore


Percutian 1 hari ke Singapore pada 2007 was my first oversea trip, lepas buat passport.
Masa tu I pregnant my second child about 2 month. Kebetulan I pun dah lama tak menjejaki ke Johor Bahru selepas menamatkan pengajian di UTM Skudai. jadi sambil-sambil berjalan-jalan di Johor Bahru, I adn my husband bercadang singgah di Singapore.